Tuesday, 30 May 2017

MELACEP ULTIMATE SERUM

Set skin care yang pertama saya pakai di marykay adalah set TIMEWISE. Memang sangat best sebab kulit kembali muda. Garis2 halus dah mula kurang.

Lepas tu saya jatuh hati pulak dengan SET MELACEP PLUS. Set ni lagi lah best. Lepas kulit dah nampak muda dengan timewise, Melacep akan cerahkan serta sekatakan TONA KULIT. Salah satu regimen set Melacep yg sgt saya suka ialah MELACEP PLUS+ ULTIMATE SERUM.

Ianya berfungsi :
  • Menambanbaikkan keadaan kulit, kulit lebih sekata, licin, sihat dan jernih
  • Bintik - bintik hitam atau pigmentation berkurangan
  • Ultimate serum bukan sahaja menyasarkan melanin, tapi ianya akan melindungi kulit daripada bendasing yg merosakkan kulit yg akan menyebabkan kulit menjadi kusam
  • Memberi manfaat kecerahan kulit dalam jangka masa pendek dan jangkamasa panjang
  • Untuk mengeluarkan serum ini, marykay mengambil masa 7 tahun untuk menjalan kan kajian


Memang best dan puas hati. Berminat nak FREE SKIN CARE CLASS ATAU FREE CONSULTATION boleh whatsapp saya ye.

Sunday, 21 May 2017

MAKEUP AND ME


Tahun 2006 saya seorang yang sangat tak suka bergaya apatah lagi pakai make-up. Masa tu umur dah 35 tahun. Orang panggil makcik pun saya tak ambik hati sebab memang macam makcik rasanya. Kalau keluar jalan pakai t-shirt dengan seluar slack. Tudung lak ikat gitu jerr takde lilit bagai. Memang makcik sungguh. Tengok husband dia macam tak kisah jerr. So kita pun ok laa tak ambik port.

Sampai laa tahun 2012 saya dikenalkan dengan Mary Kay oleh seseorang yang pada saya sangat cantik kulitnya. Tutur katanya sangat lemah lembut. Bila saya dipakaikan produk (masa tu set Timewise) terus saya jatuh cinta. Lepas bincang dengan husband saya pun join Mary Kay sebab saya nak cantik. Semua perempuan nak cantik kan?

BAHAYA LIPSTIK TIRUAN



Ish...ish...dengar tiruan pun dah seriau nie kan pulak pakai kat bibir. Tak leh nak bayang bibir jadi kudis. Elok-elok bibir tu mungil terus jadi hitam. Eee takuttt....

Ciri-ciri matte:
  • Memiliki kandungan minyak yg sangat sedikit
  • Tidak melekit dan berkilat
  • Tahan lama
  • Warna lipstick tidak tanggal

Kesan dari penggunaan lipstick tiruan (matte) :
  • Bibir jadi hitam
  • Kanser kulit bibir
  • Alergi pada bibir
  • Merosakkan sistem peranakan wanita
  • Bibir jadi kering dan mengelupas 

Cara untuk mengetahui kandungan plumbum dalam lipstik :

  1. Cara 1: Goreskan lipstik beberapa kali ke tangan
  2. Cara 2: Gunakan cincin emas (minimum 18 karat) lalu sapukan ke lapisan lipstik tersebut
  3. Cara 3: Sekiranya warna lipstik bertukar menjadi kehitam-hitaman atau kusam, maka dapat dipastikan bahawa lipstik tersebut mengandungi bahan logam plumbum

Tips membeli lipstick yang selamat :

  • Semak tarikh luput dan tarikh manufacturing.
  • Beli lipstick di kaunter / shopping mall (Guardian,Watson etc) atau dari Beauty Consultant Mary Kay.
  • Lihat pada packaging kotak tersebut. Adakah ianya rosak, terkoyak kotak dan sebagainya.
  • Selalulah beli yang original sebab yang original itu berkualiti.
  • Perhati kandungan yang ada pada lipstick tersebut.
  • Jangan cepat terpengaruh dengan harga yang sangat murah.

Berhati-hati dalam lipstik untuk digunakan. Gunakan lipstik yang diperbuat menggunakan bahan organik sahaja!





Thursday, 18 May 2017

Q & A

Soalan yg selalu berlegar2 dalam kepala customer dan potential customer. Semoga ianya menjawab semua persoalan uols ya.

-----------------------

Kenapa produk Mary Kay mahal dr produk tempatan? 

🎈Sebab produk Mary Kay perlu mnjalani bratus ribu ujikaji utk pastikan produk dikeluarkan sesuai dan selamat utk kulit yg sensitif dan allergic. Walaupun hanya nak keluarkan satu jenis lipstick. Bahan yg digunakan pula adalah bahan organik yg berkualiti tinggi. 


Kenapa saya pakai Botanical kulit makin gelap?

🎈Sbb botanical set brfungsi utk memulihkan dan menebalkan kulit (sbb tu npk gelap sdikit) lapisan epidermis yg atas sekali ni agak gelap dari lapisan dalam supaya dpt melindungi kulit dari sinaran uv. Dan set nie bukannya clorox utk memutihkan kulit ye harap maklum. 



Kenapa saya pakai Mary Kay tak ada perubahan pun?

🎈Kulit yg normal dan mmg sihat tiada msalah kulit kalau pakai botanical, mmglah sama je. Sebab fungsi Botanical formula 2 (kulit normal)  utk kekalkan kulit yg sihat dan menyeimbangkan kelembapan kulit. Kalau nak nampak glowing n cerah upgrade lah skincare tukar ke Melacep Plus Mary Kay. Confirm anda akn nmpak perubahan. Make sure pakai skincare yg sesuai dgn msalah kulit ye. 

KISAH WANITA INI YANG MENJADI INSPIRASI KEPADA UNIT SCATHERS SWAN


Assalamualaikum and a very good morning to all gorgeous.

Alhamdulillah hari nie dah masuk minggu ke-3 dalam bulan Mei dan minggu depan umat Islam dah mula berpuasa. Saya sentiasa doakan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah puasa dan terawih. Bulan Ramadhan nie saya plan untuk family blend susu dan kurma (sahur) sebab katanya boleh mengenyangkan sepanjang hari. Anak-anak pun takde laa melepek jerr especially si bongsu. Tahun lepas dia banyak ponteng. InsyaAllah tahun nie nak ajar dia puasa penuh. Untuk berbuka pula dah berazam tak nak pegi bazar Ramadhan. Caiyokkk saya boleh....hehehe.

Okay pagi nie saya nak share satu cerita yang saya rasa best sangat sebab cerita nie beri saya inspirasi untuk lebih berjaya. Kenal tak siapa wanita yang pakai jaket biru nie?


Dia adalah mak saya di Mary Kay berjawatan Executive Senior Sales Director iaitu jawatan yang ke-3 tertinggi. Kalau baca cerita dia boleh jadikan sumber inspirasi sebab dia dulu adalah seorang pengusaha spa seperti saya. Ikuti cerita dia....

Tuesday, 16 May 2017

CANTIK ATAU HODOH?


Setiap wanita nak diri dia orang cantik sebab bila cantik orang puji. Bila cantik keyakinan diri pun ada. Tapi lain pula dengan wanita yang menjadikan diri dia orang bahan ujikaji produk. Disangkanya boleh putih cepat tapi end result sangat menyedihkan. Ada yang happy bila kulit dia orang putih dan cakap "i pakai ok jerr...mesti you beli tiruan". Pernah dengar kan statement macam tu?

Tapi sayang-sayang sesungguhnya uols semua sangat-sangat salah. Putih tak semestinya sihat. Minah saleh yang kat negara 4 musim tu lebih suka tanned tau! Dia orang kata tanned tu beautiful. Berbeza dengan orang kita. Putih itu beautiful. Habis orang yang kulit gelap tu tak beautiful laa ya. Harus ingat ya terlalu putih amat bahaya sebab melanin kulit yang sepatutnya berfungsi untuk melindungi kulit dah mula timbul di permukaan. Sebab tu laa uols perasan ada jeragat kan. Paling teruk bila tumbuh jerawat yang merah-merah tu. Lagi teruk kulit dah jadi sensitif. Pantang kena cahaya matahari muka dah merah macam udang kena bako. Nak-nak bila cuci muka area tulang pipi tu pedih ya amattt....

Sunday, 14 May 2017

PANDORA UOLSSS!!!



Nie sapa tak meroyan memang something wrong dalaman dia. Mary Kay pandora oiii....gila cantikk. Tapi sayang ianya dah berlalu ya sayang². Nie hadiah Ladder of Success untuk semua Beauty Consultant di Mary Kay. Sapa buat dia dapat.

Kita tunggu apa hadiah MK nak bagi utk Ladder of Succes yg coming nie lagi ya. Stay tuned!!

SAYANG SANGAT MARY KAY NIE!

Thursday, 11 May 2017

KENAPA SAYA MEMILIH MARY KAY BERBANDING BRAND LAIN?



Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Kenapa saya pilih Mary Kay? Tajuk di atas sangat popular bila saya sharing dengan bakal-bakal customer mahupun existing customer saya. Jawapan saya satu jerr. Takde niat untuk menjual tetapi lebih kepada perkongsian untuk membantu wanita lain mendapatkan kulit wajah yang mereka inginkan. Mesti uols rasa poyo jerr kan statement nie atau pun uols kata biasa laa orang MLM / Direct Selling memang cakap camtu tapi inilah niat saya bila masuk Mary Kay selain dari guna produk dia yang sangat best.

Sepanjang 6 tahun buat Mary Kay (off for 3 tahun), saya dapati wanita Malaysia suka nak cepat putih bila guna skincare. Bukan tak boleh dan tak salah tapi cara tu tak betul! Saya tanya awak balik dulu masa awak kecik kulit awak yang asal memang putih ker? Mesti awak tergoda dengan kulit putih macam Adira, Zizie Izette etc kan? Tapi percayalah mat saleh suka wanita yang tanned!...hahaha. Terbaru isu pasal kementerian kesihatan mendedahkan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang kan. Itupun ada diantara kita masih tidak sedar akan bahaya. Apa yang dia orang cakap "alaa..biasa laa manusia nak menjatuhkan bisnes orang". Itu adalah skeptikal typical Malay.

Monday, 8 May 2017

CUCI MATA DENGAN REMOVER BEST!


Suka pakai makeup? Uols cuci pakai makeup remover ker baby oil? Kalau baby oil please No No No....okay sebab baby oil akan buat mata kita lagi berminyak. Kulit di area mata nie kalau nak tau mengandungi kalenjar lemak yang sangat sikit dan juga lapisan kolagen dan elastik yang lebih nipis berbanding bahagian lain pada muka. Semakin meningkat umur kita, lapisan lemak di bawah dermis akan mula mengecut, menyebabkan kulit semakin mengendur dan cengkung. Sebab itulah kulit di area mata nie memerlukan perhatian yang lebih teliti.

Gunakan MARY KAY OIL-FREE EYE MAKEUP REMOVER. Apa beza remover nie dengan yang lain?
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Clinically tested
  • Water-based
  • Tidak berminyak
  • Non-Comedogenic
  • Sangat sesuai untuk mereka yang memakai contact lens
  • Ophthalmologist-tested
  • Bebas wangian (Fragrance free)

Antara kelebihan lain makeup remover nie selain dari menanggal solekan yang waterproof, dia juga berfungsi menegangkan kulit di area mata. Best kan?

Apa kata kita buat small makeup class supaya uols boleh cuba remover nie plus dengan produk-produk Mary Kay yang lain. Kalau nak boleh whatsapp saya ya.



019-3204516

Sha MK (Beauty Consultant/Beautician)
Putrajaya

Wednesday, 3 May 2017

I LOVE THIS


BOSAN DENGAN SKINCARE YANG ADA? NAKKAN SKINCARE YANG BAGI GLOWING, ORANG KATA MUDA DARI USIA? JOM BACA NIE....

Bila diberitahu MARY KAY TIMEWISE REPAIR mesti uols fikir 2 benda nie :
  1. Betul ker boleh kurangkan kedut kat muka nie?
  2. Mesti mahal sebab tengok packaging pun dah tau.
Betul tak? Sebenarnya yang no.1 tu memang betul jika dipakai secara konsisten. Dah terbukti berkesan kurangkan kedut di bahagian dahi selepas penggunaan selama 12 minggu. Yang no.2 tu pulak saya nak kata setuju pun tak juga sebab apa tau. Kalau kita seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, harga tu jatuh nombor dua. Yang penting nak cantik untuk kepuasan diri dan suami. Tak rasa kembang ker bila orang puji dan tak percaya kita dah 40? Orang kata kita macam 32? 

Sebagai seorang pengamal kecantikan (Beautician & Beauty Consultant) dan pemilik kepada Dmeera Beauty & Spa, saya dah ramai educate pelanggan-pelanggan saya untuk tidak mengabaikan wajah kerana cermin diri kita bermula dari wajah. Orang yang pertama tengok muka kita adalah suami dan anak-anak. Saya sendiri rasa bahagia dan bangga bila suami tiba-tiba kata saya nampak lain dari dulu. Secara tak langsung anak-anak dah mula aware untuk jaga kulit muka dia orang. Oh ya. Anak saya yang sulung form 3 tahun nie (pt3) dan bongsu darjah 2. Bayangkan yang darjah 2 tu dah tau step-step jaga kulit dan saya bagi dia cuci muka guna cleanser dan moisturiser johnson&johnson.

--------------------------------------------------

MARY KAY TIMEWISE REPAIR SKINCARE

TimeWise Repair® Volu-Firm Foaming Cleanser
TimeWise Repair® Volu-Firm Lifting Serum
TimeWise Repair® Volu-Firm™ Eye-Renewal Cream
TimeWise Repair® Volu-Firm™ Day Cream with SPF 30
TimeWise Repair® Volu-Firm™ Night Treatment with Retinol
TimeWise Repair® Volu-Firm™ Deep Wrinkle Filler
* TimeWise Repair® Volu-Firm™ Revealing Radiance Facial Peel

* HOT ITEMS!

--------------------------------------------------


HASIL PENGGUNAAN MARY KAY TIMEWISE REPAIR




Tuesday, 2 May 2017

MANICURE & PEDICURE


Wow! Nie part yang paling digemari pelanggan spa saya. Selain tangan dan kuku dia orang cantik, bersih, gebu, bau pun wangi semerbak. Satin Hands® Pampering Set nie sangat sesuai untuk mereka yang banyak buat kerja rumah sampai tangan pun jadi kasar. 



Set nie ada 3 :
  • Fragrance-Free Satin Hands® Protecting Softener
  • White Tea & Citrus Satin Hands® Satin Smoothie® Refining Shea Scrub
  • White Tea & Citrus Satin Hands® Nourishing Shea Cream
Cara guna :

STEP 1: Fragrance-Free Satin Hands® Protecting Softener

Melembap dan melindungi kulit dan sebagai persediaan untuk merangsang kulit sebelum memulakan sesi spa. Urut dulu ke seluruh tangan sebelum scrub.

STEP 2: White Tea & Citrus Satin Hands® Satin Smoothie® Refining Shea Scrub

Scrub yang sangat lembut dan sangat efektif untuk exfoliate, mengangkat sel kulit mati yang membuatkan kulit kusam. Kulit kelihatan lebih segar selepas sekali penggunaan. Jika konsisten guna, ia akan memberi nafas baru pada kulit. Gunakan selepas softener, massage dan kemudian bilas.

STEP 3: White Tea & Citrus Satin Hands® Nourishing Shea Cream

Gunakan Shea Cream selepas scrub dan rasai kelembapan selama 24 jam. Tangan akan jadi lembut dan licin.
 

Mary Kay My Passion Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang