KISAH WANITA INI YANG MENJADI INSPIRASI KEPADA UNIT SCATHERS SWAN

Thursday, May 18, 2017


Assalamualaikum and a very good morning to all gorgeous.

Alhamdulillah hari nie dah masuk minggu ke-3 dalam bulan Mei dan minggu depan umat Islam dah mula berpuasa. Saya sentiasa doakan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah puasa dan terawih. Bulan Ramadhan nie saya plan untuk family blend susu dan kurma (sahur) sebab katanya boleh mengenyangkan sepanjang hari. Anak-anak pun takde laa melepek jerr especially si bongsu. Tahun lepas dia banyak ponteng. InsyaAllah tahun nie nak ajar dia puasa penuh. Untuk berbuka pula dah berazam tak nak pegi bazar Ramadhan. Caiyokkk saya boleh....hehehe.

Okay pagi nie saya nak share satu cerita yang saya rasa best sangat sebab cerita nie beri saya inspirasi untuk lebih berjaya. Kenal tak siapa wanita yang pakai jaket biru nie?


Dia adalah mak saya di Mary Kay berjawatan Executive Senior Sales Director iaitu jawatan yang ke-3 tertinggi. Kalau baca cerita dia boleh jadikan sumber inspirasi sebab dia dulu adalah seorang pengusaha spa seperti saya. Ikuti cerita dia....

----------------------------------

" Dulu kak ezan kan kerja masuk pagi2. Kak ezan mengajar sebagai lecturer 8 tahun. Hantar anak pada pengasuh. Then kerja naik LRT tau sebab parking kt KL mahal. Jalan dari lrt ke office. Kadang-kadang kalau ada kelas malam, malam baru balik. Baru dpt jumpa anak. Kul 1@2 baru tido. Then bangun esoknya rutin yg sama. Gaji kak ezan tak naik-naik. Kalau naik pun RM80 - 200 je sebulan. Then bonus pun setahun sekali "itu pun kalau ada". Siapa yg dalam situasi tu sekarang angkat tangan.

Then kak ezan berhenti kerja jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Best sangat. TAPI mula-mula je best. Enjoy sangat tapi lepas tu dah mula tak best bila duit simpanan makin kurang dan kena minta suami. Bab ni kak ezan payah sebab dulu kerja ada duit sendiri walaupun sikit tapi bila nak kena minta suami alahai RM50 nk minta pun serba salah dan paling tak best bila suami dah start tanya "nak beli apa?". Adoi sebab dulu boleh beli pakai duit sendiri tapi bila kene list kan beli apa dah pening dan tak selesa. Siapa yg berada dlm keadaan tu?


Then akak buka business sbb sesetengah orang business kaya dan nampak best sangat bila orang kata kita adalah BOS pada diri kita. Kak ezan keluarkan modal RM80k for start tapi makin lama makin sakit sebab duit keluar banyak tapi pulangan tak de sangat. Kadang2 gaji staff banyak dari gaji.kita sbb bila kita rajin dan business sgt bagus TAPI kalau tak de ilmu dan mentor dlm business, kak ezan masih tak dapat 9/10 rezeki yg Allah kata dalam business. Business kene ada seni dan SENI itulah yg kita kene cari. Siapa yg ada dalam keadaan tu skrg??

Then kak ezan join marykay. Senang ke Mary Kay??

Mary Kay simple business. KITA RAJIN KITA DAPAT tapi paling best Mary Kay ada base company yang sangat strong. Dah 55 tahun di dunia. TOP 5 in global cosmetic dan paling best ada MENTOR (SD + recruiter) yang guide kita. Kalau kat luar memang tak de yg guide. Kalau ada kene bayar lah.


Dan di Mary Kay lah kak ezan belajar SENI in business. Mary Kay ajar kita:
  • Product Knowledge
  • Buat Skin Care Class (SCC)
  • New Consultant Orientation (NCO)
  • Essential Step to Team Building (ESTB)
  • Red Jacket University

Dan lain-lain lagi. Kita je yang betul-betul nak belajar atau tak. So tepuk dada tanya selera. Tanya diri. "Betul ke aku nk ubah hidup? Cukup ke usaha aku sekarang untuk aku capai impian aku ni???"

Kak ezan melalui proses yg sama macam uls. Belajar SCC, belajar bagi orang product tapi muka tak ok. Belajar buat SCC kene REJECTION. Tak tau dah kena reject berapa kali sebab banyak sangat. Belajar masa buat challenge masa tu lah ada dugaan. Belajar menangani masalah dari orang sekeliling yg tak support. Belajar jaga hati yang luka bila orang ambik customer dan bakal bc kita. Belajar macam-macam...


But believed me. Belajar dari kegagalan tu TAK KAN BUAT ANDA RUGI. Believed me. LALUI saja SEMUA halangan tadi. Tahu tak kenapa? Tanpa anda perasan anda dah berubah dari satu langkah anda yang dulu. Nak berjaya bukan ambik masa sebulan. Kejayaan itu lahir dari pengalaman dan pengorbanan yg kita buat.

Dah banyak orang berkorban kan untuk kita?? Tengok dan kira. Tengok mata suami, anak-anak dan ibu bapa kita. Betapa mereka nak kita berjaya sebab bila kita berjaya bukan kehidupan kita berubah. Kehidupan orang di sekeliling kita juga berubah. "

Love : ESSD EZAN

----------------------------------

Sangat inspirasi! Kalau kami boleh berjaya why not you?

You Might Also Like

0 comments