Sunday, 21 May 2017

MAKEUP AND ME


Tahun 2006 saya seorang yang sangat tak suka bergaya apatah lagi pakai make-up. Masa tu umur dah 35 tahun. Orang panggil makcik pun saya tak ambik hati sebab memang macam makcik rasanya. Kalau keluar jalan pakai t-shirt dengan seluar slack. Tudung lak ikat gitu jerr takde lilit bagai. Memang makcik sungguh. Tengok husband dia macam tak kisah jerr. So kita pun ok laa tak ambik port.

Sampai laa tahun 2012 saya dikenalkan dengan Mary Kay oleh seseorang yang pada saya sangat cantik kulitnya. Tutur katanya sangat lemah lembut. Bila saya dipakaikan produk (masa tu set Timewise) terus saya jatuh cinta. Lepas bincang dengan husband saya pun join Mary Kay sebab saya nak cantik. Semua perempuan nak cantik kan?


Rupanya bukan setakat cantik saya dapat income gak. Mana taknya setiap orang yg saya jumpa semua tanya pakai apa. Start dari situ laa saya mula share dan dapat income. Best kan?

Tahun nie (2017) saya lebarkan lagi bisnes saya. Saya dah start dengan bisnes mobile spa yg pada saya sangat berkaitan dengan bisnes kecantikan Mary Kay saya. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Ramai customer saya dah mula beralih dengan produk Mary Kay sebab dia orang dah dapat kulit yang dia orang impikan.

Kalau dulu saya sangat comot, selekeh (lipstik pun tak suka pakai). Tapi sekarang saya boleh jalan dengan penuh confident. Ditambah pulak produk Mary Kay sekarang sangat2 best. Latest produk Baked Cheek Powder dia yg sangat awesome! Tak yah pakai highlighter pun kat tulang pipi. Tengok aje laa gambar saya. Nampak tak keglowingannya....hehehe.

0 comments:

Post a Comment

 

Mary Kay My Passion Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang