Thursday, 18 May 2017

Q & A

Soalan yg selalu berlegar2 dalam kepala customer dan potential customer. Semoga ianya menjawab semua persoalan uols ya.

-----------------------

Kenapa produk Mary Kay mahal dr produk tempatan? 

🎈Sebab produk Mary Kay perlu mnjalani bratus ribu ujikaji utk pastikan produk dikeluarkan sesuai dan selamat utk kulit yg sensitif dan allergic. Walaupun hanya nak keluarkan satu jenis lipstick. Bahan yg digunakan pula adalah bahan organik yg berkualiti tinggi. 


Kenapa saya pakai Botanical kulit makin gelap?

🎈Sbb botanical set brfungsi utk memulihkan dan menebalkan kulit (sbb tu npk gelap sdikit) lapisan epidermis yg atas sekali ni agak gelap dari lapisan dalam supaya dpt melindungi kulit dari sinaran uv. Dan set nie bukannya clorox utk memutihkan kulit ye harap maklum. 



Kenapa saya pakai Mary Kay tak ada perubahan pun?

🎈Kulit yg normal dan mmg sihat tiada msalah kulit kalau pakai botanical, mmglah sama je. Sebab fungsi Botanical formula 2 (kulit normal)  utk kekalkan kulit yg sihat dan menyeimbangkan kelembapan kulit. Kalau nak nampak glowing n cerah upgrade lah skincare tukar ke Melacep Plus Mary Kay. Confirm anda akn nmpak perubahan. Make sure pakai skincare yg sesuai dgn msalah kulit ye. 



Kulit saya tak ngam lah dgn Mary Kay. 

🎈Awk pakai berapa lama?  (kalau dijawab xsmpai sebulan pun) Maaflah ye nak pakai Mary Kay mmg kena sabar. Kalau xboleh sabar mmg saya xdpt nak tolong. Nak kulit cantik sekejap ke atau nak kulit yang sihat? 1 lapisan kulit yg rosak ambil masa 28-36 hari utk pulih kalau 3 lapisan kulit rosak? Ambil masa 3-4 bulan utk pulih. Baru tak sampai sebulan awak pakai mcm mana awak nak tahu kulit awak dah pulih ke tidak. 

Kenapa ya saya pakai Mary Kay jerawat makin tumbuh byk?

🎈Tahniah!  Kulit anda kembali normal dan kini anda sedang menghadapi proses detox disebabkan toksik dr produk yg anda pakai sebelum2 nie. Kalau yg tak pernah pakai heavy product, depa detox tak teruk. Mungkin setakat kulit brminyak atau jerawat kecik satu dua then hilang. 




Kenapa Mary Kay tak ada di mana2 kedai atau stokis?

🎈Sbb Mary Kay hanya dijual melalui beauty consultant berdaftar sahaja. Kami tidak dibenarkan menjual secara rambang atau jual di mana2 kedai. Siap ade SATISFACTION GUARANTEE lagi. 

Mary Kay yg awak jual nie betul2 ori ke? 

🎈 Utk makluman anda. Mary Kay sgt menjaga produk dia dan anda boleh dapatkan produk Mary Kay melalui beauty consultant yg berdaftar sahaja. Sbb tu klau pergi mana-mana kedai ada nampak ke produk Mary Kay?  Xde kan. Jadi takkan ade produk tiruan. 

Secara kesimpulan, 

💌 Dapatkan dulu konsultasi atau nasihat drpd prunding anda apa yg terbaik utk masalah kulit anda. Mary Kay beri warranty 3 bulan utk tukar dgn set lain sekiranya tidak puas hati atau rasa tidak sesuai dgn kulit. Itu bukti bahawa Mary Kay sgt menjaga kualiti produk dan keselamatan pengguna.❤

Terjawab dah segala persoalan?


Love,
Sha Beauty Consultant

0 comments:

Post a Comment

 

Mary Kay My Passion Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang