Tuesday, 6 June 2017

MARY KAY NATIONAL SALES DIRECTOR



Memperkenalkan Mary Kay Malaysia National Sales Director yg baru fresh dari oven, Jane Lee. Jom ikuti kisah beliau bagaimana beliau start bisnes dengan Mary Kay.
----------
Tahun 2005 beliau join Mary Kay sebagai Beauty Consultant. Masa tu beliau hanyalah seorang surirumah yang biasa2 jerr dan percaya atau tidak beliau tidak pernah guna sebarang produk kecantikan. Seorang yang kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang tetapi Mary Kay banyak mengajar beliau bagaimana untuk look confident and be confident. Dulu beliau seorang yang sangat pesimis terhadap sesuatu tapi sekarang dengan dikelilingi insan2 yang positif membuatkan beliau sangat bersemangat, lebih bahagia dan puas berbanding sebelumnya.


.
>> CABARAN <<
.
Pada awal karier beliau sebagai Beauty Consultant beliau dapati agak sukar kerana beliau tidak mempunyai idea bagaimana nak buat appointment. Jadi beliau mulakan Kelas Penjagaan Kulit yang pertama dengan pembantu rumah dengan hanya satu matlamat, nak dia kelihatan cantik! Bermula dari situ, beliau lebih berkeyakinan untuk mengadakan kelas dengan orang2 di sekeliling beliau.
.
>> RAHSIA <<
.
Kelas Penjagaan Kulit merupakan kunci kejayaan bisnes di Mary Kay dan seterusnya merupakan rahsia kejayaan beliau.
.
>> IMPIAN <<
.
Impian terbesar beliau iaitu untuk menjadi tonggak kekuatan keluarga telah tercapai melalui Mary Kay. Kini beliau telah pun bebas dari belenggu kewangan (financial freedom) dan mampu memberikan keluarga beliau kualiti hidup yang lebih baik. Beliau menceritakan bagaimana Mary Kay banyak membantunya menyelesaikan caj perubatan bapanya yang pada ketika itu dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan dengan segera dan berpeluang menemani bapanya dalam tempoh itu.
.
>> LOVE <<
.
Mary Kay adalah satu2nya perniagaan yang bukan hanya menawarkan produk yang bagus tetapi ia juga adalah sebuah syarikat yang penuh dengan "HATI". Perkara yang paling menarik dalam kerjaya kecantikan ini adalah setiap Beauty Consultant berupaya memperkayakan kehidupan orang lain. Sepanjang perjalanan beliau sebagai Beauty Consultant, beliau telah menyaksikan sendiri transformasi setiap wanita yang menyertai Mary Kay berubah menjadi lebih baik. Di Mary Kay setiap Beauty Consultant bukan hanya kaya dari segi kewangan tetapi juga dari segi rohani kerana kami berpegang kepada prinsip 'Golden Rule' dan 'Go-Give' dalam setiap perkara. Selain itu perkara yang paling mengharukan beliau adalah menyaksikan sendiri ahli-ahli unit beliau sendiri yang berkembang dan menjadi wanita yang berjaya, anggun dan berkarisma. 
.
Rakan2 yang dikasihi. Tabah dalam mencapai impian anda. Berpeganglah pada iman kerana keazaman andalah yang akan mendorong anda untuk merealisasikan semua impian anda!
.
Di Mary Kay anda boleh capai segala-galanya yang anda mahu!


0 comments:

Post a Comment

 

Mary Kay My Passion Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang