Monday, 3 July 2017

MACAM MANA SAYA REMOVE MAKEUP

Assalamualaikum....Hi uols! 


Untuk pengetahuan semua, saya memang penggemar makeup. Tak kira laa pegi jalan ker, pegi keje ker memang kena pakai makeup. Kalau tak pakai makeup orang mesti tanya sakit ker?

Kalau gie opis just apply light makeup jer. CC Cream dah memadai. Pastu eyeshadow pakai satu warna jer. Nak solat zohor saya cuma guna Imaan Cleansing Wipes ngan Oil-Free Eye Makeup Remover untuk buang makeup.

Sebab tu orang yang pakai makeup nie kena extra rajin. Kulit dah laa tak berapa nak flawless kan.

So nie step-step yang saya buat untuk remove makeup.


1. Mary Kay Oil-Free Eye Makeup Remover


Saya goncangkan dulu botol sebelum guna sebab remover nie ada 2 lapisan. Lapisan atas tu air dan lapisan bawah tu silikon (bukan minyak). Tekstur dia sangat lembut macam sutera dan tak buatkan area mata saya kering. Saya juga guna remover nie untuk buang lipstick. Sesuai sangat untuk buang waterproof mascara.


2. Imaan Cleansing Wipes


Halal lagi suci. Tak mengandungi alkohol. Yang nie saya wipe satu muka untuk buang foundation.


3. Skinvigorate Brush


Part nie yang paling saya suka. Percaya tak kalau saya cakap guna brush nie muka jadi lebih bersih walaupun sebelum tu saya dah pakai cleansing wipes? Saya ingatkan foundation dah takde bila kita guna wipes kan rupanya tekaan saya salah. Brush nie sangat2 membantu bila saya cuci muka ngan brush, sisa2 foundation masih lagi melekat.


4. TimeWise Cleansing Gel


Saya guna yang untuk kulit combination to oily. Cleanser nie jenis gel dan ada biji-biji biru. Tak berbuih tapi kalau pakai ngan skinvigorate tu dia jadi buih. 3-in-1 tu maksudnya Cleansing, Toning dan Moisturize. Sebab tu bila pakai cleanser nie muka tak kering.


Step seterusnya saya pakai Freshener ngan Moisturizer dari TimeWise. Serum pulak ada pelbagai. Kalau muka saya ada parut hitam memang saya pakai serum Melacep jerr. Kalau bulan depan saya ada wedding, bulan nie saya pakai serum Replenishing C. Tapi lepas pakai serum, saya memang pastikan pakai Day & Night Solution. Baru laa kulit cun.


Untuk rawatan mingguan saya gunakan mask Botanical atau Melacep dan kalau malas sangat nak bilas, saya akan pakai Renewing Gel Mask sebab mask nie boleh bawak tido. Yang best gel mask nie, bila bangun tido muka fresh giler...


So macam mana pula uols nyer cara remove makeup? Sama ker tak?

0 comments:

Post a Comment

 

Mary Kay My Passion Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang